Jangan lupa untuk mendapatkan novel Kampung Girl terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.
Bab
13
WAJAH
Ashraf dipandang dengan renungan yang maha tajam. Gara-gara si cekodok basi ini
dia sudah terlepas untuk mengejar basnya. Akhirnya, tersadailah dia di sini
duduk menghadap wajah lelaki itu yang masih menyepi dari tadi.
Trauma
kot! Desis Ainnur sendiri. Tanpa sedar ketawanya sudah lepas.
“Yang
kau gelak ni kenapa?” cepat saja Ashraf menyambut.
Ainnur ketawa lagi. Mana boleh tak gelak untuk
benda-benda macam ini. Lebih-lebih lagi mangsa kejadian, Encik Ashraf Khairi! Maka
makin menariklah jadinya.
“Kau
baik diam sebelum aku sumbat bungkus nasi lemak ni dalam mulut kau,” marah
Ashraf lagi. Rasa seakan tercalar maruahnya bila diketawakan sakan oleh gadis
itu. Tapi, dalam diam dia sebenarnya bersyukur sangat… ada juga Ainnur tadi
untuk menyelamatkannya dari genggaman ‘gadis ayu’ yang dilanggarnya.
Seakan
terimbas kembali kejadian yang berlaku setengah jam yang lalu…
Wajahnya
Ashraf langsung berubah menjadi pucat apabila ‘gadis ayu’ yang memandangnya
mula bertindak sedikit ‘agresif’. Kalau dia gadis betul, aku bolehlah nak handle juga, tapi ini… bikin wa geli
saja!!! Eeeiii…
Hendak
membayangkan semula adegan tadi pun rasa macam nak termuntah.
“It’s okay bang… laki kacak macam abang
ni, sengaja langgar pun I sudi
terima.”
Ashraf
yang terkedu seketika dengan ucapan itu terus saja terkejut bila encik ‘gadis
ayu’ itu melarikan jemari dan bersentuhan dengan kulitnya.
“Bang…
you free malam ni, boleh kita hang out sama-sama.”
Ucapan
dari bibir yang merah dicalit lipstick
itu membuatkan Ashraf disapa rasa gelisah. Dia hendak melarikan diri, dalam
masa yang sama hendak mencari Ainnur juga. Dicuba tarik tangannya yang
dipegang-pegang oleh orang itu, namun tidak berjaya. Makin kukuh pula
simpulannya.
“Bang…
you kenapa nak lari dari I? I tak scary pun tau… you cuba try test satu malam.”
Dengan
suara yang sudah kedengaran sengau di telinga Ashraf, ‘gadis ayu’ itu
menyampaikan hasratnya.
“Eh…
sorry, you’re not my type!” balas
Ashraf yang akhirnya sudah mula menjauh sedikit. Aku bukan peminat golongan
sejenis! Tambahnya dalam hati. Baru dia hendak mengatur langkah untuk berlari,
sekali lagi tangannya direntap dari belakang.
“Bang…
you ni kenapa? Nampak takut saja
dengan I… I tak pernah makan orang la… tapi I rasa nak makan you
saja… bibir you seksi!” Ashraf
terlopong lagi. Peluh sudah mula merintik di dahi. Apa nasib badan hari ini!
Nak buat scene hindi dengan ‘heroin’
pada asalnya. Sekali yang muncul err… nak dikategorikan sebagai apa ini?
“Bang…”
sekali lagi ‘gadis ayu’ membuka mulutnya.
“Abang
Ash!”
Ashraf
terus berpaling. Ainnur! Alhamdulillah.
“Maaflah
bang… isteri saya dah sampai!” spontan saja ayat itu terkeluar dari bibir
Ashraf. Dengan rentapan yang kuat, dia meloloskan diri daripada tangan kasar
yang mencengkam jarinya sedari tadi. Ashraf dapat juga menangkap pandangan
tidak puas hati yang terlayar di wajah ‘gadis ayu’ itu tetapi dia sudah tidak
mahu berpaling walaupun sayup kedengaran panggilan abang dari bibir lelaki
separa wanita itu.
Selamba
sambil mengatur langkah, Ashraf sudah mencapai lengan Ainnur untuk berjalan
bersama dengannya.
“Pak
cik! Lepas tangan Ainlah!” bentak Ainnur.
“Diamlah!”
Ashraf marah semula.
Dikukuhkan
lagi simpulan pada jemari Ainnur sehingga mereka agak jauh dari ‘pemangsa’
tadi. Sebaik saja wajah lelaki itu tidak kelihatan, Ashraf segera melepaskan
lengan Ainnur. Wajah gadis itu yang nyata bengang dengan tindakannya hanya
dibalas dengan riak wajah yang selamba.
“Suka
hati dia saja nak pegang-pegang tangan orang!” marah Ainnur.
“Alah…
bukan luak mana pun!” Ashraf tak nak kalah.
“Tak
luak mana? Pak cik… tangan ni untuk suami Ain tau! Suami!!! Bukan untuk orang
lain pegang sesuka hati!”
“Aku
pegang sekejap saja kan? Itu pun nak bising ke…” suara Ashraf tiba-tiba saja
berubah tinggi. Ainnur mendengus kasar.
“Bang…
ada masalah ke?” suara itu kedengaran kembali. Ashraf kembali gelabah. Dia sudah
tidak mampu berfikir dengan waras. Lantas ditariknya Ainnur yang sudah
mempamerkan wajah berapi.
Ainnur
terus tersentak. Ini melampau gila!!!
“Ainnur…
tolong jangan marah-marah sampai mak nyah tu pergi jauh sikit dari sini!”
Ainnur terkedu. Ashraf dengan suara yang lembut sekali meminta. Ditambah dengan
posisi yang begitu erat antara mereka, err… habislah! Habis semuanya! Lelaki
ini pula yang rasmi dulu sebelum menjadi suami yang sah.
“Mak
nyah tu dah pergi!” ucap Ainnur dengan suara yang hampir tersekat di kerongkong.
Tetapi Ashraf macam tidak dengar pula. Tangannya masih lagi melingkar pinggang
Ainnur.
Ainnur
mengetap bibir. Sesedap aiskrim strawberry saja dia peluk-peluk aku dekat
tempat awam macam ini. Nafasnya sudah naik turun, diiringi dengan debaran hati yang
tidak sudah-sudah memalukan irama yang dia tidak ketahui. Dia berdebar-debar.
Tanpa menunggu lama, tangannya sudah menolak dada Ashraf untuk menjarakkan diri
mereka.
Wajah
Ashraf yang tertunduk dipandangnya lama. Ini kenapa? Gaya macam kena sampuk pun
ada.
“Kenapa
ni abang Ash?” soal Ainnur pelik. Dia hendak malu lebih-lebih sebab pelukan tadi pun sudah tidak jadi bila
Ashraf pula yang terlebih kedu.
“Nyah
tu ajak aku tidur satu malam!”
Mulut
Ainnur terlopong terus. Mak aih! Dahsyat betul. Tapi kenapa dia ajak Ashraf?
Wahai nyah, ketahuilah kau bahawa lelaki ini adalah seorang yang tak ada sense dengan homo sapiens yang sejenis dengan dia.
Ainnur
pada mulanya diam saja memandang wajah Ashraf yang kelihatan sangat terkejut
itu, akhirnya main lepas gelak. Gelak punya gelak, sampai bas dah bergerak pun dia
tidak sedar. Padan muka!
Kini,
duduklah mereka berdua di gerai makan sambil berpandangan sesama sendiri.
Ashraf menggenggam tangan. Pandangan ditala ke wajah Ainnur yang sudah
menghentikan tawanya. Ainnur pula menongkat dagu dan membalas pandangan Ashraf.
“Aku
pesan jangan balikkan! Kenapa tak dengar cakap?” tanpa mukadimah bibir Ashraf
sudah berdesup mengajukan soalan.
Ainnur
tersentak, tidak bersedia menerima soalan sebenarnya. Wajahnya terkulat-kulat
memandang Ashraf. Cepat sungguh pak cik ini meredakan mood kena sampuk dengan
nyah dan sudah kembali bersemangat untuk memarahinya.
“Kalau
abang Ash pesan, Ain kena dengarlah? Sebab apa?” Ainnur membalas senada dengan
Ashraf.
“Sebab
aku abang!” Ainnur mencebik. Dah tak ada modal dan alasan lain agaknya untuk
pastikan orang lain dengar cakap dia!
“Abang
Ash nak jumpa sebab apa?” soal Ainnur dengan malas.
“Sekarang
baru reti berfikir nak jumpa sebab apa? Kalau tadi sebelum datang ke sini kau
fikir pasal tu, boleh jimat masa dan tenaga aku… tak adalah aku kena gangguan
seksual dengan mak nyah!” luah Ashraf tidak puas hati. Ainnur mengecilkan biji
mata.
“Kalau
macam tu, abang Ash pun dikira buat gangguan seksual pada Ain,” balas Ainnur
selamba.
“Hei!!!”
Ashraf menjadi tidak senang. “Aku sentuh kau bukan dengan keinginan seks tau!
Aku cuma nak selamatkan diri. Betulkan balik ayat kau tu…” tegur Ashraf apabila
hatinya sudah dipalit rasa tidak enak. Gangguan seksual ke apa yang dia lakukan
pada Ainnur?
Dia
mula berfikir semula, tindakan spontan yang tidak mampu dia kawal. Rasanya
masih terasa lagi tangannya melingkari pinggang gadis itu dan kedudukan mereka
sangat rapat. Tapi masa dia peluk tadi, mindanya lebih fokus fikirkan mak nyah
yang tengah tunggu peluang di belakang. Memang sungguh, dia tak rasa apa-apa
masa terpeluk Ainnur. Jadi, bukan gangguan seksual namanya! Tegasnya dalam
hati.
“Kau
jangan nak pandai-pandai tuduh aku buat gangguan seksual dengan kau ya! Aku tak
pernah pun buat macam tu dengan orang lain!” sambung Ashraf lagi. Dilihatnya
Ainnur mencebik seakan tidak percaya dengan kata-katanya.
“Lelaki…
tahu nak ambil kesempatan saja!”
Ashraf
mendengus marah.
“Aku
cakap bukan gangguan seksual kan! Yang kau ni tak puas hati kenapa?”
“Abang
Ash peluk Ain… tercemar hak suami Ain!” balas Ainnur dengan nada yang serupa
Ashraf. Pandangannya tajam sekali pada wajah Ashraf. Sesekali dia menjeling.
Menyampah!
“Eh…
bukan kau nak kahwin dengan aku ke?” soal Ashraf sinis. Keningnya dijungkitkan
beberapa kali.
Ainnur
mencebik. Kalau iya pun nak kahwin, takkan semua yang haram boleh dihalalkan. Desisnya
tidak puas hati.
Mata
Ashraf memerhatikan saja tingkah Ainnur di hadapannya itu. Wajah Ainnur yang
sedang berapi itu ditatapnya lama. Tanpa dipinta, matanya mula meratah ke
segenap sudut wajah gadis itu. Keadaan yang cerah dan kedudukan di depan mata,
membuatkan wajah Ainnur lebih jelas di mata Ashraf.
Keadaan
yang sepi apabila Ainnur tidak membalas jawapannya, membuatkan Ashraf makin
leka. Mata Ainnur yang terkelip-kelip seketika menyerlahkan bulu matanya yang
melentik. Anak mata yang berwarna hitam pekat itu sedikit besar dan kelihatan
bersinar. Ashraf menjadi lemas dengan pandangannya sendiri. Wajah yang pernah
disamakan dengan nenek kebayan kini menarik-narik pandangan matanya untuk terus
terpaku di situ.
‘She’s beautiful!’ bisikan hati bergema
kembali. Kali ini dia tidak mampu menyangkal apa yang bermain dalam hati. Budak
kampung ini sudah makin cantik lebih daripada biasa.
Ainnur
yang perasan akan renungan itu sedari tadi mula mengetap bibir. Tolonglah pak
cik Ashraf ini! Boleh pula dia main-main tenung aku tengah-tengah alam ini
sampai macam itu sekali. Lantas Ainnur mencapai botol air yang terselit dalam begnya.
Nak kena dah pak cik ini!
Ashraf
masih lagi statik dengan posisinya. Mata lelaki itu juga masih statik pada
wajah Ainnur. Nampak macam sedang berkhayal pun ada.
Apa
sajalah Ashraf ini. Kalau ikutkan hati Ainnur, dia nak baling botol ini terus ke
muka Ashraf. Tapi ikutkan akal yang normal, air dituangkan sedikit pada tapak
tangannya dan dipercikkan pada wajah Ashraf. Lelaki itu tersentak kuat. Amboi!
Memang jauh betul dia mengelamun. Desis Ainnur lagi.
“Kenapa
baling air?” marah Ashraf sambil mengelap wajahnya yang basah sedikit dengan
percikan air. Ainnur tersenyum sinis.
“Gangguan
seksual!”
Membulat
biji mata Ashraf mendengar balasan dari Ainnur. Mana ada gangguan seksual!
Takkan tengok pun tak boleh?
“Tolonglah…
tak ada selera aku, nak buat gangguan seksual dengan kau!” balas Ashraf dengan
bongkak. Ainnur mencebik. Kalau bercakap, mesti dia saja yang nak menang kan?
“Snobbish!” ucap Ainnur perlahan. Namun
Ashraf sudah memandangnya pelik. Ainnur sudah menelan liur. Kenapa? Takkan dia
dengar juga perkataan yang aku sebut dengan perlahan?
“Kenapa
kau nak kahwin dengan aku?”
Fuhhh!!!
Ainnur menghembuskan nafas lega. Ingatkan kenapa, rupanya nak tanya soalan
saja. Kenapa aku nak kahwin dengan dia. Buta ke apa dia ini?! Tak nampak ke, aku
punya sayangkan dia dari dulu lagi! Perlu ke aku announce dekat gerai ini? Tak perlulah Ainnur, kau hanya akan memalukan
diri sendiri.
“Sebab
Ain rasa tak ada orang lain yang akan kahwin dengan abang Ash, melainkan Ain sorang!”
ucapan itu lembut saja lahir di bibir Ainnur namun bisanya kuat sekali
menyerang Ashraf.
Pedih
beb! Pedih! Nampak sangat tak ada siapa pun yang nak dengan dia walaupun dia
punya pakej yang lengkap sebagai seorang hero Malaya. Eceh! Ashraf… pandai kau,
masuk lif tekan sendiri.
“Kau
tak payah nak susah-susah berkahwin dengan aku.
Aku tak nak!”
“Ain
nak!”
“Tak
faham bahasa ke?” soal Ashraf dengan berang. Ainnur terus tersenyum tayang
gigi. Kaedah untuk membakar hati yang sudah sedia terbakar di depannya.
“Abang
Ash lagilah wajib kahwin dengan Ain!”
“Sebab?”
Ashraf menjadi pelik. Suka-suka dia saja meletakkan hukum wajib supaya aku
berkahwin dengan dia. Kenapa pula? Dia ingat aku tak ada kerja lain agaknya
daripada nak cari calon dan berkahwin.
“Sebab
abang Ash dah sentuh Ain secara melampau tadi!” Ashraf terkedu. Mana ada secara
melampau! Bentak Ashraf dalam hati.
‘Iya
ke tak melampau Ash?’ hatinya menyindir sendiri.
‘Peluk
rapat gila, tak melampau ke Ash?’ timbul suara dalam mindanya pula.
“Tapi
takkan sampai aku kena kahwin dengan kau! Kau ni suka cakap tak logik kan!”
balas Ashraf yang masih lagi dengan kenyataan menang sendiri.
Ainnur
sudah mencebik berkali-kali. “Kau… kau… dia tau nak melembukan aku saja. Cuba
panggil aku Ain… selera sikit telinga aku nak dengar,” gumam Ainnur dengan
pandangan yang menyampah.
“Kau
tak payahlah kahwin dengan aku! Cari saja budak dalam kampung yang sesuai untuk
kau… jangan nak berangan tinggi sangat nak datang duduk bandar,” ucap Ashraf
dengan selamba badak.
Ainnur
sudah menggenggam kuat botol mineral di tangannya. Gaya bahasa encik seorang
ini bercakap, macam aku ini anak dara tak laku. Eh, pak cik… tolonglah sedar, I’m thousand miles better than you! Ada
juga orang yang berkenan dengan aku, cuma aku saja yang tak nak. Masih lagi nak
terhegeh belakang mu!
Ainnur
cuba menenangkan jiwanya yang sedang membara. Ini tak boleh jadi! Ashraf sudah
menaikkan suhu di hatinya. Menggelegak bagai nak gila. Aku pun kena panaskan
hati dia semula, baru dikatakan adil dan saksama. Kalau orang putih kata, fair and square.
“Abang
Ash ni… sibuk-sibuk tolak Ain, ada ke perempuan yang nak menikah dengan abang?
Ada ke abang Ash?” dengan nada yang paling sinis Ainnur mengajukan soalan.
Tanpa menunggu sesaat, riak wajah cekodok di depannya sudah berubah menjadi
basi. Cekodok basi!
“Kenapa
tak ada pula? Mestilah ada!” balas Ashraf dengan riak bangga. Sedangkan dalam
hati sudah tercalar maruah. Memanglah tak ada siapa pun yang akan berkahwin
dengan dia, sebab tiada siapa pun yang dapat memikat hatinya dengan begitu
mudah.
“Jangan
berlagak sangat abang Ash. Ain ni… jenis sepupu yang maklum semua hal sepupu
yang lain… macam Ain tak tahu saja gaya hidup abang Ash macam mana… boleh kerat
jarilah, kalau abang cari calon sendiri. Siapa yang nak dengan abang? Siapa pun
tak nak!!!” kutuk Ainnur dengan penuh semangat. Makin bertambah teruk riak
wajah Ashraf.
‘Kurang
asam punya budak kampung! Bagi peluang duduk semeja untuk bincang, dikutuknya
aku main sedap mulut dia saja. Dia tak tahu… aku pun boleh cari calon dengan
mudah!’ ucapnya dalam hati.
‘Kau
tak payah beranganlah Ash! Betullah cakap Ain tu… siapa yang nak dengan kau?
Rasanya baru seminit pergi dating,
dah kena baling kasut. Kelancangan mulut tidak mampu dikawal’ sindir separuh
hati lagi.
Mata
Ashraf kembali menatap wajah Ainnur yang begitu asyik sekali dengan senyuman
sinisnya. Argh!!! Aku tak boleh kalah dengan budak kampung ini! Tidak mungkin
sama sekali!!!
yes..slalu baca post dlm blog ni je.hari ni dh dpt kurier pos laju dr karya seni..x sabar nk habiskn novel KG ni..
ReplyDeleteYana ishak, selamat membaca =)
ReplyDeletehope you will like it...
ala..kak umie..xder lg ker kat popular...x sabar la bce...hehe
ReplyDeleteinsyaAllah, by end of this week. sbb lori cuti CNY ni. smpai 2 mngu. jadi kerja2 nak hantar buku pergi bookstore pun dah jadi lmbat.
ReplyDeletesetakat n yang akak tau, ada dekat mph sacc. tu pun ada readers yg bgtau.
any info, akak akn maklumkan ya =) thanks a lot for ur support.
Tahniah!
Delete