Skip to main content

Tempahan KG @ KS

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Ada sedikit info di sini, kalau ada yang terlepas pandang... tempahan Kampung Girl melalui KS dah dibuka... jadi pada sesiapa yang nak buat order online, bolehlah berbuat demikian. :)

Jangan lupa dapatkan KG dengan diskaun RM 3 dan tiada caj penghantaran dikenakan. Dan kalau ada sesiapa nak order melalui umi, umi cadangkan... order thru KS aje. Sebab paper final umi tak habis lagi, so untuk mudahkan semua... senang cerita, order direct dengan Karya Seni.

Klik sini untuk order ORDER KG

Selamat membeli dan selamat membaca.

p/s: anything to ask, juz leave ur comment. InsyaAllah, Umi akan balas.

Comments

  1. nk order,tp ad account bank islam jer, klw ks kne cimb n maybank kn..urmm,nk wang pos leceh la plak,..

    ReplyDelete
  2. akila, boleh transfer inter banking, cuma mungkin kena charge perkhidmatan RM1 je kot

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi dapatkan KG.
    Kalau ada masalah nak order online, boleh post di wall penerbit karyaSeni di FB.

    apa2 yang umi boleh tolong, umi akn tanyakan dgn en.muz. :)

    ReplyDelete
  4. KS dh inform bayaran saya dh terima..just tgu postage KG dr KS jer...yahooooo..xsabarnyerrrr...nt saya tag umi kt fb sya yer bila dh dapat postage tu yerrrr...

    ReplyDelete
  5. KS akn pos buku lepas raya cina :)
    nantikan.

    dekat bookstore pla, lepas raya cina jugak akn ada. sbb driver lori dh stat cuti.

    ReplyDelete
  6. thanks lin...tp sye rse bli kt bookstore je la.xreti sgt urusan2 bank nie,haha...

    ReplyDelete
  7. saya dah bank in CIMB atas nama karyaseni smlm...
    x sabar nak baca kisah seterusnya...

    ReplyDelete
  8. saya pun dah order online...
    sedihnya dah 4 hari tak sampai lagi... esok dah fridy.. confirm memang tak sampailah minggu ni..
    biasanya hari ini order... esok noon dah sampai... :((

    ReplyDelete
  9. akak, better call KS direct. mnta check nombor order akak, dh pos or belum.
    takut diorg byk order, n terlepas pndang je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi