Advs

Followers

January 24, 2012

Kampung Girl [12]

Jangan lupa untuk mendapatkan novel Kampung Girl terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.


Bab 12

SEAWAL jam sepuluh pagi, Ashraf sudah mula bersiap. Awal sepuluh pagi! Awallah sangat kan. Dia sekadar mengenakan T-Shirt yang ringkas dipadankan dengan seluar jeans. Pemilihan gaya yang ringkas dan kemas seakan sudah sebati dengan dirinya sejak dulu lagi. Dia selesa berpenampilan begini.
            Hari ini dalam sejarah juga, dia tidak akan memasuki pejabat waktu bekerja. Sebabnya hanya satu, hendak kasi ‘kursus’ kahwin pada budak kampung yang nak sangat berkahwin dengannya.
            Siap dia!!! Aku akan pastikan dia tarik balik ucapan ‘Ain akan kahwin dengan abang Ash’ dengan kadar seberapa yang segera.
            Usai bersiap dan berpuas hati dengan penampilannya, dia melangkah keluar dari bilik. Daun pintu bilik yang bertentang dengannya terkatup rapat. Sunyi dan sepi juga. Walaupun hatinya sudah mula dilimpahi rasa syak wasangka yang memuncak, namun cuba juga diabaikan untuk kepuasan hati sendiri.
            Ashraf sudah mula mengatur langkah menuruni anak tangga. Kelihatan Puan Mazlin sedang seronok melayan Aiman yang ditinggalkan sementara oleh papa dan mamanya. Ashraf terus saja melabuhkan punggung di sofa.
            “Kenapa tak masuk pejabat hari ni Ash? Tak sihat ke?” Ashraf mengerling ke arah Puan Mazlin yang mengajukan soalan. Biar benarlah mummy ini?! Dah nampak aku bersiap segak macam ini, takkan gaya sakit pula.
            “Ash nak keluar dengan budak kampung tu,” jawabnya acuh tidak acuh saja. Dalam kepalanya sudah dapat meneka riak Puan Mazlin yang akan dipamerkan padanya. Benarlah mengikut jangkaannya, dahi Puan Mazlin berkerut seribu.
            “Nak keluar?” soal Puan Mazlin seolah tidak percaya.
            “Iyalah mummy… nak keluar. Mummy sukakan, Ash nak ajak bakal menantu mummy keluar,” sengaja Ashraf menekankan perkataan bakal menantu itu untuk kesedapan ayat yang diucapkannya. Dapat dilihat Puan Mazlin sudah tersenyum ceria. Nah! Tak susah nak buat mummy tersenyum suka dan untuk itu aku kena buat benda yang aku tak suka.
            Haish! Ashraf mengeluh dalam hati. Sungguh hamba tidak suka!
            “Eh…Ash…” panggil Puan Mazlin seketika kemudian. Ashraf menggamit pandangan mummy yang seakan mengingati sesuatu. Kenapa?
            “Ain dah baliklah… kamu nak keluar macam mana?”
            Membulat terus biji mata Ashraf. Balik?! Did my mummy just said about balik? How dare you kampung girl! Kau ingkar perintah aku ya. Ashraf sudah marah-marah dalam hati.
            “Bila dia balik mummy?” soal Ashraf tidak sabar.
            “Dah sejam dia keluar.”
            Ashraf menghela nafas panjang. Panas! Budak kampung ini hanya membuatkan dia panas hati dengan tindakan sebegini. Aku dah pesan jangan balik, dia balik jugak! Memang nak kena dah budak kampung yang seorang ini.
            “Mummy, dia naik bas ke?”
            “Takkan naik kereta kuda pulak!” Ashraf mengeluh. Oh my mummy… melawak pandai pula dia.
            “Mummy, serius!”
            “Naik bus, dekat Jalan Duta… kenapa? Nak buat filem Hindustan ke? Ala-ala hero kejar heroin… nak halang dia dari balik…”
            Ashraf terkedu lagi. Tinggi sungguh imaginasi mummy, sampai boleh bayang scene cerita hindi pula. Nak aku lakonkan semula? No way! Tak selera aku nak lakonkan scene Hindustan dengan budak kampung itu.
            “Ash… iya ke? Nak buat scene hindi? Mummy nak ikut…” ucap Puan Mazlin teruja. Ashraf menepuk dahi tanda pasrah. Mummy ini memanglah, peminat setia hindi dari era 60-an.
            “Ash keluar dulu mummy.” Tanpa menjawab pertanyaan Puan Mazlin, Ashraf sudah mencapai kunci keretanya.
            “Nak kejar heroin ke?”
            Sempat lagi telinganya menangkap suara Puan Mazlin yang diiringi tawa halus. Ashraf menggelengkan kepala. Pengaruh hindi sangatlah tidak bagus. Mempengaruhi minda penonton dengan scene hero-heroin, kejar mengejar sebelum naik bus, naik kereta api dan paling tak boleh diterima dek akal, part naik flight. Boleh pula tengah-tengah flight nak berlepas ada orang masuk ke dalam cabin untuk buat scene melodrama. Hisy! Sungguh mengarut dan lagi karut. Tapi itu juga yang orang nak tengok, sampai meleleh air mata.
            Enjin kereta sudah dihidupkan dan laju saja Ashraf menekan pedal minyak. Harap-harap sempatlah dia hendak ‘mengejar heroin’ sebelum bas bergerak. Aku tak dapat nak percaya, sebenarnya aku pun nak create scene hindi juga dalam hidup aku.
            Kampung girl, you will definitely pay for this! Kau yang menyebabkan hidup aku huru-hara dengan benda yang aku langsung tak suka. Sempat lagi Ashraf mengomel dalam hati.
            Ada saja yang tidak kena tentang Ainnur di pandangan matanya. Entah kenapalah boleh wujud manusia yang sangat aneh kelakuannya seperti Ashraf ini!

STESEN bas Jalan Duta kelihatan agak lengang sedikit daripada biasa. Ashraf tergesa-gesa turun dari kereta. Sepanjang dalam perjalanan dia sudah dapat bayangkan dirinya berlari-lari ala-ala mencari kekasih hati yang merajuk nak lari balik ke kampung. Macam itu ke scene hindinya? Kalau nak dimelayukan scene itu… rasanya buang part lari-lari macam nak hilang bini. Kita gantikan dengan scene jalan kaki, maintain muka cool and steady. Hati Ashraf bersetuju sendiri dengan perancangan hati yang dia pun tidak pernah terfikir akan terjadi hari ini.
            Dengan gaya macho habis, Ashraf berjalan dengan tenang. Kononnya! Berlagak tenang saja lebih. Sedangkan dalam hati sudah gelabah gila, terfikir juga… kalau si budak kampung itu dah balik ke kampung? Macam mana Ashraf nak cari peluang untuk berbincang sekaligus membatalkan perancangan perkahwinan ini. Berbekal semangat yang memenuhi bekas hati, Ashraf menggagahkan diri untuk mencari kelibat budak kampung Yan itu.
            Sudahlah dia pakai baju apa, warna apa, apa-apa pun aku tak tahu. Macam mana nak cari ini? Ashraf sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Langkahnya sudah mengundur beberapa tapak ke belakang. Bas-bas yang tersusun elok di depan mata hanya membuatkan dia semakin pening. Bukan satu atau dua, ada berapa biji bas di depan mata ini! Susahlah.
            “Auch!!!” kedengaran suara halus dibelakangnya. Ashraf yang begitu leka memerhatikan bas sampaikan tidak sedar dia sudah melanggar orang yang sedang melintasi belakangnya.
            Pantas saja Ashraf kalih pandang. Mulutnya juga tanpa dapat ditahan sudah mengucapkan sorry. Aik! Boleh pula kan dia cakap sorry. Semalam dengan Ainnur bukan main berat lagi mulut nak ucapkan perkataan itu.
            “Cik… sorry ya, saya tak nampak,” ucap Ashraf dengan bersungguh-sungguh. Dilihat gadis yang berambut perang melepasi bahu itu tertunduk sambil mengosok bahu. Mungkin kuat sangat hentakan yang terjadi antara mereka.
            “Cik…” panggil Ashraf lagi apabila gadis itu terus tertunduk tanpa melihatnya.
            Dan apabila wajah yang tertunduk itu mengangkat pandangan mata, Ashraf tersentak. Terkelu lidah. Err…


6 comments:

  1. yup dah keluar. boleh order online dgn KS.
    di kedai buku akan ada dlm sikit masa lg :)

    ReplyDelete
  2. ASSALAM....
    baru habis baca KG....tahniah! cerita yang menarik...lain dpd yg biasa...teruskan usaha....catatan selamat membaca n semoga terhibur mmg tulisan cik writer ke....

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam :)

    wah, dah habis baca!!! Thanks sebab suka KG. lega hati sy :)
    insyaAllah, akan cuba buat yg terbaik utk karya akn datang.
    yup, mmg tulisan saya... tulisan tak lawa, sign pun biasa2 ja... :')

    ReplyDelete
  4. daa abis bce KG !
    best cite deaa , congrate writer :D
    teruskan usaha :))

    ReplyDelete
  5. thanks eynaa... very2 glad to hear that. :)
    insyaAllah, akn cuba buat yg terbaik utk karya akn datang...

    ReplyDelete