Skip to main content

Tempahan Kampung Girl

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, tempahan Kampung Girl melalui website KS, belum dibuka lagi. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni, lepas dah tahu bila stok akan sampai di KS, tempahan akan dibuka. :)

take note: laman web Karya Seni, www.karyaseni.my

Anyone yang nak order melalui umi, boleh juga tapi buat masa ni, umi tak boleh nak buka tempahan dan ambil order lagi. Sebab nak selesaikan final exam dulu. InsyaAllah, lepas tu, kalau masih ada sesiapa yang berminat untuk tempah melalui umi, boleh maklumkan dan umi akan ambil order. Deal! :)

Kalau nak tanya apa-apa, boleh komen or directly e-mail dekat umi (umikalsom_29@yahoo.com) or post aje dekat wall page Umi Kalsom di Facebook.

Terima kasih semua. ^^

Comments

  1. x sabar tunggu kg girl in reading...hihihih
    Congrates....

    ReplyDelete
  2. kak umi bile hbis exam?
    nk order ngan kak umi lah~
    bleh autograf skli..hehe :D

    ReplyDelete
  3. habis exam 19hb ni. apa2 nanti akak inform dekat sini & FB. :)

    sebab order dgn kak umi pun, akak still akn pass order tu dekat en.muz. KS yang akn pos. insyaAllah, kalau order awal, akn ada signature sekali.

    apa-apa nanti, akak akn inform. :)

    ReplyDelete
  4. nak order dengan kak umi ya.. kalau dah habis exam jangan lupa beritahu.. hihihi... btw, good luck kak umi untuk final exam... ^_^

    ReplyDelete
  5. KS biasanya dapat stok dalam 15HB kan...
    Kalau order awal2 tuh mmg x da peluang la nak dapat yang ada tandatangan...
    Nampaknya kena order lepas CNY la...

    Tapi mcm dah terlambat jer, nak dapatkan seawal yang boleh...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah, minggu depan KS akn buka order. nanti umi akn maklumkan exact date.

    takpe, tak ada sign pun. :) yg penting buku... sbb umi pun xdpt nk janji boleh ke KL... kalau dpt pergi, insyaAllah, akn dpt buku dgn sign sekali :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi