Skip to main content

Kampung Girl: Komen

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua, novel Kampung Girl dah ada yang sampai di tangan pembaca. Bagi yang belum, insyaAllah... tak lama sampai la tu. Dan bagi yang nak tunggu di kedai-kedai seperti MPH dan Popular, insyaAllah... dalam masa terdekat ini, Kampung Girl akan berada di rak buku. :)

Kalau dah semua dapat baca, so, umi pun nak dapatkan feedback daripada anda semua. Macam mana KG ni? Okey ke? Tak okey ke? Apa yang boleh diperbaiki? Apa yang umi kena tekankan lagi? Semua yang anda rasa tentang KG.... boleh hantarkan review anda ke alamat e-mail ini, umikalsom_29@yahoo.com

Sudi-sudilah berkongsi review anda supaya umi dapat meningkatkan mutu penulisan di masa yang akan datang.

Terima kasih semua. :)

Comments

  1. Hari ni baru smpi novel KG ke rumah oleb karya seni. Dan sekarang baru hbs baca.. Best ler citer nyer.. I bg 10 star utk cerita ini.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum

    baru keluar.Patut ler 2 minggu berturut2 saya pergi ke Popular Book Store x ada. Tanya d staffnya pun mcm blur je .. rupanya baru keluar

    Tak sabar nak tunggu hari Ahad pergi Popular Book Store d 1U

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam, kak zaitun... ya, baru keluar. tapi kalau nak confirm kata minggu ni dah ada kat bookstore, tak sure la pula.

    apa2 pun, selamat membaca ya =)

    ReplyDelete
  4. hatika: thanks a lot. very glad to hear u like it. InsyaAllah, umi akan cuba improve lagi skill penulisan utk karya akan datang. =) terima kasih atas sokongan.

    ReplyDelete
  5. saya dh bc..ok la cite nye. santai baca. tp kenapa dia panggil mak ita kat mak mentua nya? kenapa tak mcm isterinya panggil? pastu..alaaa kawen sepupu2 la plak...huhu

    ReplyDelete
  6. anony:
    idea yg pertama, mungkin tak berapa nak mantap. dan juga santai, i agree with that :)

    Panggilan tu, sengaja umi tak tukar sbb mmg ash panggil mak ita b4 n selepas kahwin. sdgkan ain, sblm kahwin dia pngil auntie, xkan lepas kahwin pun remain auntie jugak? n part kahwin sepupu... hurm, tak dapat nak komen. dah memang itu la ceritanya.

    insyaAllah, umi akan cuba baiki lagi kelemahan dalam karya akn datang.
    harap, akan teruskan menyokong karya umi. dan maaf atas segala kekurangan.

    Thanks for ur support <3

    ReplyDelete
  7. ok..baru je beli KG beberapa jam lepas..and now...da habis baca..see??KG buat saya tak tidur semalaman sampai subuh..good job...tak henti-henti senyum baca KG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for your support ya :)
      teruskan menyokong karya2 umi yang lain, insyaAllah i'll try my best for the coming karya. :)

      Delete
  8. umi kalsom ,hope you can help me . its was hard to find KG on bookstore ,i cant get it even i go to MPH or POPULAR .. can i order KG directly from you ? i really want KG .. seriously i really do .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul enaz, email me ur detail. name, add, telephone number. InsyaAllah, I'll try to help.

      uniq_smiley29@yahoo.com

      :)

      Delete
  9. hai sy suka sangat kampung girl..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia